Skip to main content

Dunia

Tindakan AS-Israel tiada asas di bawah undang-undang antarabangsa - Pemimpin Scotland

First Minister of Scotland John Swinney speaks at the Council on Foreign Relations in New York City, U.S., April 7, 2025. REUTERS/Kylie Cooper/File Photo
John Swinney turut menggesa agar usaha diplomatik dipertingkatkan dengan berkata: "Rayuan kami adalah untuk diplomasi, meredakan ketegangan, dan agar peperangan ini dihentikan." - Gambar fail/REUTERS

LONDON: Menteri Pertama Scotland, John Swinney pada Selasa mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Iran, dengan menyifatkan ia sebagai "tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa," lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Biar saya jelaskan, tindakan tidak wajar oleh AS dan Israel ini tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa. Ia mesti dihentikan demi kanak-kanak yang tidak bersalah di Iran, demi keamanan," katanya dalam satu hantaran di laman X.

Advertisement

Beliau turut menggesa agar usaha diplomatik dipertingkatkan dengan berkata: "Rayuan kami adalah untuk diplomasi, meredakan ketegangan, dan agar peperangan ini dihentikan."

Ketegangan di rantau itu semakin memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas. Serangan berkenaan setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 nyawa, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

Tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur, malah turut menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan antarabangsa.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video