awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Todd Muller letak jawatan Ketua Pembangkang New Zealand serta merta

Agensi
Agensi
14/07/2020
23:38 MYT
Todd Muller letak jawatan Ketua Pembangkang New Zealand serta merta
Todd Muller (tengah) ketika bercakap kepada media di Christchurch, New Zealand, 9 Julai, 2020. (Foto AP/Fail)
KETUA pembangkang New Zealand meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta pada Selasa atas alasan kesihatan.
Todd Muller bertindak demikian hanya selepas beberapa minggu menyandang jawatan tersebut.
Tindakan Muller itu sekali gus menyebabkan partinya berada dalam keadaan bercelaru menjelang pilihan raya menentang Perdana Menteri, Jacinda Ardern.
Dalam satu kenyataan ringkas, Muller mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Nasional berkuat kuasa serta-merta, menyatakan beliau bukan individu terbaik untuk jawatan itu.
Muller, 51 tahun, menyingkirkan penyandang terdahulu, Simon Bridges, akhir Mei lalu, namun dilihat gagal mengalihkan sokongan kuat diperoleh Ardern menjelang pilihan raya pada 19 September depan.
"Peranan itu memberi beban amat berat terhadap saya secara peribadi serta keluarga saya, dan ia tidak dapat diteruskan lagi dari perspektif kesihatan," katanya.
Beliau tidak memperincikan masalah kesihatannya, bagaimanapun penganalisis mendakwa Muller bergelut untuk menangani peranan berprofil tinggi itu.
Ada juga mendakwa Muller mengasingkan dirinya daripada kakitangan dan rakan sekerja sejak kebelakangan ini ketika tekanan semakin memuncak.
Dalam pada itu, Ardern menzahirkan ucapan selamat kepada Muller dan keluarganya.
Topic Berkaitan
#Jacinda Ardern
#keluarga
#kesihatan
#Ketua Pembangkang
#letak jawatan
#menteri
#New Zealand
#Parti Nasional
#pembangkang
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#Todd Muller
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan