JOHANNESBURG : Sekurang-kurangnya 45 orang maut dalam kemalangan selepas bas dinaiki mereka hilang kawalan sebelum jatuh dari jambatan dan terbakar di laluan gunung antara Mokopane dan Marken di Limpopo, Afrika Selatan pada Khamis, lapor Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan (SABC).
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter iaitu perayaan penganut agama Kristian.
Nahas itu turut menyebabkan seorang cedera parah, kata Jabatan Pengangkutan negara itu dalam satu kenyataan.
Menurut laporan SABC, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang terselamat pula telah dihantar ke hospital.
SABC turut melaporkan, ketika nahas berlaku, penumpang-penumpang bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Gaborone - ibu kota Botswana - menuju sebuah gereja untuk meraikan upacara Easter.
Menteri Pengangkutan Afrika Selatan, Sindisiwe Chikunga berkata, kerajaan akan menghantar pulang mayat ke Botswana.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas akibat nahas tragis bas berhampiran Mamatlakala.
“Ketika ini, ingatan dan doa kami adalah bersama-sama anda khusunys semasa saat-saat sukar ini. Kami terus menggesa pemanduan yang bertanggungjawab pada setiap masa dengan lebih berhati-hati kerana dijangkakan jumlah pengguna jalan raya akan meningkat pada hujung minggu ini sempena sambutan Easter,” kata Chikunga.
Astro Awani
Thu Mar 28 2024
Sebuah bas yang membawa pengunjung ke perayaan agama Easter hilang kawalan sebelum jatuh dari jambatan dan terbakar di laluan gunung antara Mokopane dan Marken di Limpopo, Afrika Selatan menyebabkan 45 orang maut. - Foto REUTERS
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.