awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
02/11/2022
08:26 MYT
Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa. - Reuters
KUALA LUMPUR : Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea Sabtu lalu.
Namun, terdapat seorang warganegara yang dilaporkan cedera telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi rakyat Malaysia itu bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Selain itu, pihak Kedutaan juga telah menghulurkan bantuan konsular termasuk memudah cara urusan perjalanan kedua-dua ibu dan bapa beliau ke Korea Selatan.
Kedutaan dalam pada masa sama akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui telefon: 00(822) 795 9203 / 2077 8600, +82 010 8974 8699 atau e-mel kepada [email protected].
Topic Berkaitan
#Itaewon
#Republik Korea
#Halloween
#Kementerian Luar Negeri
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan