awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kereta api: PM Thailand Prayuth ucap takziah kepada India

Bernama
Bernama
05/06/2023
11:50 MYT
Tragedi kereta api: PM Thailand Prayuth ucap takziah kepada India
Prayuth mewakili kerajaan Thailand dan rakyatnya mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di India, Narendra Modi, dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu. - Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha hari ini menyampaikan takziah beliau atas insiden kemalangan kereta api di timur India, Odisha.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Prayuth mewakili kerajaan Thailand dan rakyatnya mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di India, Narendra Modi, dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu.
"Kami turut berdukacita bersama rakyat India dan mengucapkan semoga cepat sembuh kepada mangsa yang tercedera," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar, Don Pramudwinai turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya di India, Dr. Subrahmanyam Jaishankar.
"Kami sedih apabila mengetahui mengenai pertembungan dua kereta api di Odisha pada Jumaat, yang mengakibatkan ramai penumpang maut dan cedera.
"Pada masa sukar ini, saya ingin menyampaikan simpati kepada Tuan/Puan dan keluarga mangsa, serta rakyat India," katanya.
Dalam kejadian tragis pada Jumaat, sekurang-kurangnya 275 orang terkorban manakala lebih 1,100 penumpang cedera.
Media melaporkan bahawa tragedi ini, disifatkan antara kemalangan kereta api paling dahsyat di India dalam tempoh beberapa dekad, disebabkan oleh kegagalan sistem isyarat elektronik hingga mengakibatkan kereta api penumpang menukar laluan dan bertembung dengan kereta api barang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prayuth Chan-ocha
#Narendra Modi
#takziah
#nahas kereta api India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan