awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Pantai Bondi: Suspek serangan dipindahkan ke penjara

Bernama
Bernama
22/12/2025
10:33 MYT
Tragedi Pantai Bondi: Suspek serangan dipindahkan ke penjara
Dalam kejadian pada 14 Disember lepas, dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Bondi Beach, Sydney, yang mengorbankan 15 nyawa manakala puluhan lagi cedera. - Sumber foto AP
SYDNEY: Lelaki berusia 24 tahun yang didakwa sebagai seorang daripada dua penyerang dalam insiden keganasan di Bondi Beach, telah dipindahkan dari hospital ke penjara pada Isnin, menurut pihak polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Lelaki 24 tahun yang didakwa sebagai salah seorang penyerang dalam serangan Bondi Beach telah dipindahkan dari hospital ke penjara oleh pihak polis, menurut Agensi Berita Jerman.
  • Insiden keganasan itu berlaku pada 14 Disember lalu di Bondi Beach, Sydney, mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan ramai lagi, kebanyakan daripada komuniti Yahudi.
  • Penyerang dikenal pasti sebagai bapa dan anak; bapa maut ditembak polis manakala anaknya menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk membunuh dan melakukan tindakan pengganas.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Polis memaklumkan bahawa lelaki itu dihantar ke kemudahan pemulihan di timur Sydney. Kompleks berkenaan turut menempatkan Hospital Long Bay, sebuah wad kawalan keselamatan tinggi bagi kes perubatan dan psikiatri.
Dalam kejadian pada 14 Disember lepas, dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Bondi Beach, Sydney, yang mengorbankan 15 nyawa manakala puluhan lagi cedera.
Majoriti mangsa terdiri daripada masyarakat Yahudi yang sedang menyambut hari pertama perayaan Hanukkah.
Hasil siasatan mengenal pasti penyerang sebagai pasangan bapa dan anak.
Bapa yang berusia 50 tahun maut ditembak polis di lokasi kejadian, manakala anak lelakinya yang cedera kini berhadapan 15 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan niat membunuh, dan satu pertuduhan melakukan tindakan pengganas.
--BERNAMA-dpa

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku dalam insiden keganasan di Bondi Beach yang dilaporkan pada 14 Disember lalu? A: Dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Bondi Beach, Sydney, mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan puluhan lagi, kebanyakan daripada masyarakat Yahudi yang menyambut hari pertama perayaan Hanukkah.
  • Q: Siapakah yang diidentifikasi sebagai penyerang dalam insiden keganasan di Bondi Beach? A: Penyerang dikenal pasti sebagai pasangan bapa dan anak, di mana bapa yang berusia 50 tahun maut ditembak polis di tempat kejadian manakala anak lelakinya yang cedera kini berhadapan dengan pelbagai pertuduhan termasuk membunuh dan menyebabkan kecederaan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil pihak polis terhadap lelaki yang didakwa sebagai penyerang dalam insiden keganasan di Bondi Beach? A: Lelaki berusia 24 tahun yang didakwa sebagai penyerang telah dipindahkan dari hospital ke penjara setelah dihantar ke kemudahan pemulihan di timur Sydney.

Topic Berkaitan
#tragedi Bondi Beach
#Hospital Long Bay
#perayaan Hanukkah
#serangan di Bondi Beach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan