Selepas tujuh hari beroperasi sejak 29 Ogos lalu dan membawa kira-kira 1.5 juta penumpang yang terdiri daripada jemaah haji, tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) pada Isnin menamatkan perkhidmatannya seiring dengan berakhirnya musim haji tahun ini.
Ia sekali gus menandakan perkhidmatan tren itu akan 'berehat' panjang dan hanya akan beroperasi semula pada musim haji akan datang.
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang mengendalikan operasi tren itu sejak 2015 sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi cemerlang menguruskan pengangkutan tersebut yang diiktiraf sebagai perkhidmatan tren paling sibuk dan terpadat.
"Walaupun Prasarana berhadapan cabaran keadaan cuaca panas dan pertambahan jumlah penumpang berbanding tahun lepas, tetapi dalam masa tujuh hari beroperasi MMMSL berjaya membawa 1.5 juta penumpang, meningkat berbanding kira-kira 1.1 juta penumpang tahun lalu.
"Daripada maklumat yang kita terima daripada media-media Arab Saudi dan penumpang sendiri, ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), Masnizam Hisham kepada media Malaysia selepas melepaskan tren MMMSL terakhir di Stesen Jamarat (Mina 3) di sini pada Isnin.
Katanya operasi kali ini juga mendapat maklum balas positif daripada pihak berkuasa Arab Saudi termasuk Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) negara itu yang merakamkan penghargaan kepada Prasarana kerana berjaya melicinkan pergerakan jemaah haji.
"Presiden PTA, Dr Rumaiah al-Rumaiah sangat berpuas hati, malah semasa datang melawat operasi MMMSL, beliau melahirkan keyakinan dengan kebolehan yang kita ada dan Alhamdulillah Prasarana telah membuktikan bahawa kita mampu melakukan lebih baik daripada tahun lepas," katanya.
Ditanya sama ada Prasarana telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi untuk menyambung kontrak pengendalian operasi MMMSL, Masnizam berkata perkara itu akan dimaklumkan kemudian dan buat masa ini Prasarana mahu menumpukan kepada baki tempoh kontrak sedia ada.
Beliau bagaimanapun kekal optimis untuk Prasarana mendapatkan peluang terlibat dengan mana-mana projek di Arab Saudi pada masa akan datang, memandangkan syarikat itu telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam pengendalian MMMSL.
"Prasarana masih mempunyai baki kontrak sehingga 31 Mei tahun depan dan untuk tempoh sehingga berakhir kontrak itu, Prasarana akan meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan tren tersebut," katanya.
Prasarana memperoleh kontrak pengendalian tren itu yang bernilai SR800 juta (RM911 juta) pada tahun 2015 dan operasi pada musim haji tahun ini adalah yang terakhir berdasarkan kontrak tersebut selepas turut mengendalikan perkhidmatan itu untuk dua musim haji sebelum ini.
MMMSL hanya beroperasi selama tujuh hari khusus pada musim haji bagi membawa jemaah ke destinasi-destinasi berkaitan ibadah itu iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang mengendalikan operasi tren itu sejak 2015 sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi cemerlang menguruskan pengangkutan tersebut. - Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tren MMMSL tamat operasi haji, kendali 1.5 juta penumpang
Perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) akan 'berehat' panjang dan hanya akan beroperasi semula pada musim haji akan datang.
Tiga minit untuk prasarana selesaikan krisis operasi tren MMMSL
Syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) selaku pengendali tren perlu bertindak pantas untuk menyelesaikan sebarang krisis bagi mengelakkan ia menjadi lebih rumit.
Operasi tren MMMSL dibantu 9,500 anggota beruniform FSF
Masnizam Hisham berkata langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Arab Saudi dengan Prasarana dalam meningkatkan keselamatan tren berkenaan dan fasiliti berkaitan dengannya.
Saya bersyukur dapat bekerja di bumi Mekah - Pengendali tren MMMSL
Beliau merupakan salah seorang anak Malaysia daripada 99 orang pengedali tren yang bakal berkhidmat pada musim haji kali ini.