awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya bersyukur dapat bekerja di bumi Mekah - Pengendali tren MMMSL

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
28/06/2017
06:45 MYT
Saya bersyukur dapat bekerja di bumi Mekah - Pengendali tren MMMSL
Beliau merupakan salah seorang anak Malaysia daripada 99 orang pengedali tren yang bakal berkhidmat pada musim haji kali ini.
Umpama mimpi di siang hari.
Itulah ungkapan yang terluah oleh Norhisham Mohd, 46 tahun apabila dipilih oleh Prasarana Malaysia Berhad sebagai salah seorang pengendali tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) dua tahun berurut-turut.
Beliau merupakan salah seorang anak Malaysia daripada 99 orang pengedali tren yang bakal berkhidmat pada musim haji kali ini.
Bapa kepada 5 cahaya mata ini tidak menyangka pelawaan rakannya untuk turut sama terlibat dalam perkhidmatan MMMLS ini telah menukar impian beliau untuk ke tanah suci Mekah selama ini termakbul.
“Saya dulu pernah kendalikan LRT pada 1998 sehinggalah 2001 sebelum memilih untuk berhenti dan buat kerja sendiri. Tak sangka pelawaan rakan saya dulu akhirnya menjadikan doa saya termakbul..saya sangat bersyukur dengan pekerjaan saya ini dan akan cuba buat yang terbaik kepada Jemaah haji kali ini.
"Kalau tahun lepas saya sempat juga melakukan ibadat haji walaupun bertugas dan saya berharap tahun ini saya dapat mengulanginya.
"Sangat seronok sebenarnya melihat jemaah haji yang akan berwukuf itu menggunakan perkhidmatan tren yang dipandu oleh kita," katanya lagi.
Beliau ditemui Astro AWANI pada majlis penghantaran 49 pemandu MMMLS ke Mekah 2017 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz.
Prasarana telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengambil alih pengendalian dan penyelenggaraan perkhidmatan itu daripada China Railway Construction Consortium (CRCC) pada 2015.
Perkhidmatan itu akan beroperasi 8 hingga 14 September iaitu waktu kemuncak membabitkan ibadah wukuf.
Topic Berkaitan
#Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line
#Azmi Abdul Aziz
#China Railway Construction Consortium
#MMMSL
#Prasarana Malaysia Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan