awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ancam campur tangan jika pihak berkuasa tempatan gagal bendung jenayah di Chicago

Bernama
Bernama
31/08/2025
03:00 MYT
Trump ancam campur tangan jika pihak berkuasa tempatan gagal bendung jenayah di Chicago
Pemandangan luar Bangunan Persekutuan John C. Kluczynski di Chicago. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berjanji akan campur tangan di Chicago dengan langkah kawalan persekutuan sekiranya pihak berkuasa tempatan gagal menangani jenayah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Enam orang terbunuh dan 24 lagi ditembak di Chicago hujung minggu lalu, namun JB Pritzker, gabenor Illinois yang lemah hanya berkata beliau tidak memerlukan bantuan untuk mencegah JENAYAH.
"Beliau TIDAK WARAS!!! Lebih baik beliau selesaikannya SEGERA, atau kami akan turun!" kata Trump dalam hantaran di Truth Social.
Trump sebelum ini pernah membenarkan pelaksanaan langkah serupa dengan penempatan Pengawal Kebangsaan di Washington serta di beberapa bandar utama lain.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Chicago yang juga bandar terbesar di Illinois, Brandon Johnson menentang keras cadangan itu dan mengarahkan pentadbiran bawahannya supaya menolak sebarang cubaan pihak persekutuan mengambil alih kawalan bandar.
Dokumen yang ditandatangani oleh datuk bandar itu dipercayai lebih bersifat simbolik memandangkan kenyataan yang digunakan tidak jelas selain beliau tidak mempunyai kuasa mencukupi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#langkah kawalan persekutuan
#jenayah
#Chicago
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan