Skip to main content

Dunia

Trump bakal hubungi Putin, AS pantau kes disyaki wabak pneumonia di Rusia

Trump dijadual berbincang dengan Putin, AS pantau wabak pneumonia di Rusia.  - Foto fail/REUTERS
Trump dijadual berbincang dengan Putin, AS pantau wabak pneumonia di Rusia. - Foto fail/REUTERS

Advertisement

HAMILTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau dijadualkan mengadakan perbualan telefon dalam tempoh terdekat dengan Presiden Rusia Vladimir Putin ketika Washington memantau laporan mengenai satu kes wabak pneumonia di Rusia, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika ditanya pemberita di White House sama ada beliau telah berbincang dengan Putin mengenai perkara itu, Trump berkata: "Saya dijadualkan mengadakan perbualan telefon dalam masa terdekat."

"Setakat ini, kami sedang mengadakan perbincangan yang sangat mendalam. Kami mungkin dapat memaklumkan mengenainya esok," katanya.

Trump sebelum itu berkata AS sedang meneliti secara serius risiko wabak pneumonia dari Rusia sambil menambah bahawa Washington akan "membantu mereka."

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement