DUNIA
Trump berlepas ke Alaska untuk bertemu Putin

Donald Trump (gambar) berlepas dari Washington menaiki pesawat Air Force One untuk menghadiri pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, di Alaska. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berlepas dari Washington menaiki pesawat Air Force One pada Jumaat untuk menghadiri pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, di Alaska.
Difahamkan antara agenda utama dalam pertemuan itu ialah perbincangan mengenai perjanjian gencatan senjata dengan Ukraine.
Menurut White House, Trump diiringi oleh Setiausaha Negara Marco Rubio, Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick dan Pengarah CIA John Ratcliffe, serta beberapa pembantu kanan yang lain.
Trump menerusi platform sosial medianya 'High Stakes' atau pertaruhan penting sebelum berlepas dari White House bagi lawatan itu.Trump berkata beliau percaya Rusia bersedia untuk menamatkan perang, namun turut mengancam untuk mengenakan sekatan ke atas negara-negara yang membeli minyak dari Moscow sekiranya tiada kemajuan dalam rundingan damai.
Perjumpaan empat mata itu akan bermula pada 11.30 pagi waktu tempatan di Pangkalan Tentera Udara Elmendorf-Richardson, Anchorage.
Pertemuan akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran jurubahasa, diikuti sesi sarapan kerja bersama delegasi kedua-dua pihak.
Pembantu Presiden Russia, Yury Ushakov, berkata mesyuarat itu dihadkan kepada lima wakil setiap negara kerana “sifat perbincangan yang sensitif”.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami