awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dakwa Coca-Cola 'setuju' tukar gula dalam Coke AS

Bernama
Bernama
17/07/2025
04:30 MYT
Trump dakwa Coca-Cola 'setuju' tukar gula dalam Coke AS
Di beberapa negara seperti Mexico dan Australia, Coca-Cola dihasilkan menggunakan gula tebu, tidak seperti versi di AS yang menggunakan sirap jagung fruktosa tinggi yang lebih murah dan tahan lama. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata syarikat minuman gergasi Coca-Cola telah bersetuju untuk menukar penggunaan sirap jagung fruktosa tinggi kepada gula tebu dalam produk utama mereka, Coke, di pasaran AS atas cadangannya, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • Donald Trump mengumumkan bahawa Coca-Cola telah bersetuju untuk menukar penggunaan sirap jagung fruktosa tinggi kepada gula tebu dalam produk Coke di pasaran AS atas cadangannya.
  • Coca-Cola mengucapkan terima kasih kepada Trump atas sokongannya terhadap jenama mereka, namun tidak mengesahkan secara rasmi perubahan ramuan tersebut, sebaliknya menyatakan akan berkongsi butiran lanjut mengenai inovasi produk.
  • Pengumuman itu menyebabkan saham syarikat pengeluar sirap jagung, Archer-Daniels-Midland, jatuh kira-kira enam peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran.

"Saya telah berbincang dengan Coca-Cola tentang penggunaan GULA TEBU SEBENAR dalam Coke di Amerika Syarikat, dan mereka telah bersetuju," tulis Trump dalam platform media sosialnya, Truth Social.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak pengurusan di Coca-Cola. Ini langkah yang sangat baik oleh mereka - Anda akan lihat. Ia memang lebih baik!"
Dalam kenyataan berasingan, Coca-Cola mengucapkan terima kasih kepada Trump atas "semangat beliau terhadap jenama ikonik Coca-Cola" dan berkata pihaknya akan berkongsi "butiran lanjut mengenai inovasi baharu dalam rangkaian produk Coca-Cola" tidak lama lagi, tanpa mengesahkan sebarang perubahan pada ramuan.
Di beberapa negara seperti Mexico dan Australia, Coca-Cola dihasilkan menggunakan gula tebu, tidak seperti versi di AS yang menggunakan sirap jagung fruktosa tinggi yang lebih murah dan tahan lama.
Trump sendiri dikenali sebagai peminum Diet Coke, versi tanpa gula yang menggunakan pemanis tiruan.
Saham syarikat Archer-Daniels-Midland, pengeluar utama sirap jagung, jatuh kira-kira enam peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran AS susulan pengumuman Trump itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Coca-Cola
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#gula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan