awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dakwa AS kekurangan senjata akibat salur bantuan ketenteraan ke Ukraine

Bernama
Bernama
11/06/2023
04:19 MYT
Trump dakwa AS kekurangan senjata akibat salur bantuan ketenteraan ke Ukraine
Trump berjanji untuk mencapai keamanan dalam konflik antara Rusia dan Ukraine dalam tempoh 24 jam jika beliau dipilih semula sebagai presiden tahun depan. - Fail/AP
MOSCOW: Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa bantuan ketenteraan kepada Ukraine telah menyebabkan negara itu kehabisan senjata, lapor Sputnik.
"Sekarang, kita tidak mempunyai apa-apa senjata.. Ukraine mempunyai peluru, hampir kesemuanya," kata Trump kepada Republikan di Georgia.
Trump mendakwa semasa beliau menjadi presiden, AS "mempunyai begitu banyak senjata" dan kini "hanya sedikit untuk melindungi diri."
Bekas presiden itu juga berjanji untuk mencapai keamanan dalam konflik antara Rusia dan Ukraine dalam tempoh 24 jam jika beliau dipilih semula sebagai presiden tahun depan.
Trump menambah bahawa beliau adalah "satu-satunya calon yang boleh mengotakan janji ini".
Pada Jumaat, Jabatan Pertahanan AS memaklumkan bahawa Washington akan menyediakan pakej bantuan ketenteraan AS$2.1 bilion kepada Ukraine, termasuk amunisi untuk sistem pertahanan udara, peluru berpandu dan sistem roket berpandu laser, antara lain.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#kekurangan senjata
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan