awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump desak Israel segera berhenti bom Gaza, yakin Hamas sedia bebaskan tawanan

Agensi
Agensi
03/10/2025
23:10 MYT
Trump desak Israel segera berhenti bom Gaza, yakin Hamas sedia bebaskan tawanan
Israel didesak oleh Presiden Donald Trump supaya segera menghentikan pengeboman di Gaza selepas Hamas menyatakan kesediaan membebaskan tebusan di bawah pelan gencatan senjatanya. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Israel didesak oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya segera menghentikan pengeboman di Gaza selepas Hamas menyatakan kesediaan membebaskan tebusan di bawah pelan gencatan senjatanya.
“Berdasarkan kenyataan terbaru Hamas, saya percaya mereka bersedia untuk keamanan berkekalan. Israel mesti segera hentikan pengeboman Gaza, agar kita dapat bebaskan tebusan dengan selamat dan cepat!” kata Trump dalam hantaran di platform Truth Social, pada Jumaat.
Pasukan pejuang Palestin itu juga menyambut baik kenyataan Trump dan menyifatkannya sebagai “menggalakkan” selain menegaskan kesediaan untuk segera memulakan rundingan bagi mencapai pertukaran tahanan, menamatkan perang, serta memastikan pengunduran tentera Israel dari Gaza.
Sebelum itu, Hamas telah menyatakan kesediaan menerima sebahagian syarat dalam pelan damai Trump, termasuk pembebasan tebusan, namun mengelak daripada menyentuh isu perlucutan senjata yang menjadi tuntutan utama AS dan Israel.
Hamas berkata, ia meluluskan pembebasan semua tebusan Israel – sama ada hidup atau meninggal – mengikut formula pertukaran yang dicadangkan Trump, dengan syarat keadaan di lapangan memungkinkan pelaksanaannya.
Mesir dan Qatar turut menyatakan harapan agar maklum balas Hamas ini membawa perkembangan positif.
Kedua-dua negara kini bekerjasama dengan AS dan negara Eropah untuk mencari jalan ke arah gencatan senjata kekal.
Bagaimanapun, pelan Trump masih mengandungi syarat yang dianggap sensitif – termasuk perlucutan senjata Hamas, pengunduran bertahap tentera Israel, serta penubuhan kerajaan peralihan yang dikawal sebuah badan antarabangsa bergelar “Board of Peace.”
Trump sebelum ini memberi kata dua kepada Hamas sehingga Ahad, jam 6 petang waktu Washington, untuk menerima cadangan tersebut atau berdepan dengan ancaman “neraka yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.”
Konflik di Gaza kini memasuki hampir dua tahun, dengan jurang besar masih wujud antara syarat yang ditetapkan Trump dan tuntutan Hamas, khususnya berkaitan isu perlucutan senjata dan masa depan pentadbiran Gaza. - Agensi
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#henti bom Gaza
#Donald Trump
#Hamas terima pelan damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami