awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ditembak ketika kempen

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2024
22:45 MYT
Trump ditembak ketika kempen
Trump dilihat menunjukkan penumbuk sambil dibawa pergi oleh pegawai Perkhidmatan Rahsia AS pada perhimpunan kempen di Butler, Pennsylvania, 13 Julai 2024. (Foto AP)
BEBERAPA das tembakan kedengaran pada perhimpunan kempen calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Pennsylvania pada Sabtu waktu tempatan.
Susulan itu, bekas presiden AS itu dilihat berdarah di telinganya sebelum pegawai penguat kuasa undang-undang bersenjata meluru ke arahnya dan membawanya pergi.
Calon presiden Republikan itu dilihat mengangkat penumbuk ketika diiringi ke kenderaan oleh Perkhidmatan Rahsia negara.
Sementara itu, Presiden AS Joe Biden berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai kejadian tembakan tersebut.
Biden ditemui pemberita ketika berjalan keluar dari sebuah gereja di Delaware.
Sementara itu, menurut laporan CNN, Trump tercedera, tetapi tiada butiran lanjut.
Buat masa ini, tidak jelas bagaimana atau apa kecederaan yang mungkin dialaminya.
Lokasi perhimpunan rapat umum Trump itu ditinggalkan dalam keadaan kerusi yang dirobohkan dan pita polis berwarna kuning dipasang keliling pentas.
Sebuah helikopter dilihat turut terbang di ruang udara kawasan itu sambil pihak penguat kuasa mengawal ketat keadaan.
Wakil kempen Trump tidak segera menjawab permintaan untuk komen.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tembakan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan