Trump isytihar beliau sebagai pemangku Presiden Venezuela di media sosial

Trump berkata beliau tidak menyedari mengenai tindakan Jabatan Kehakiman yang mengancam untuk mengenakan dakwaan jenayah terhadap Pengerusi Fed, Jerome Powell. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuat naik tangkap layar di platform media sosial miliknya, Truth Social, dengan mendakwa gelaran baharu untuk dirinya sebagai Pemangku Presiden Venezuela.
Ringkasan AI
- Donald Trump memuat naik tangkap layar di Truth Social, mendakwa dirinya sebagai Pemangku Presiden Venezuela, menimbulkan kontroversi dan kekeliruan di kalangan pengikutnya.
- Langkah Trump mengekalkan jawatan Presiden AS sambil mendakwa jawatan Pemangku Presiden Venezuela pada Januari 2026, memberi impak negatif terhadap imej beliau dan kejelasan politik.
- Jerome Powell, Pengerusi Fed, menghadapi ancaman dakwaan jenayah daripada Jabatan Kehakiman AS susulan keterangannya di Senat, menimbulkan ketegangan politik dan kebimbangan dalam pasaran kewangan.
Jawatan Pemangku Presiden Venezuela yang sah pada masa ini disandang oleh Delcy Rodriguez.
Sementara itu, Trump berkata beliau tidak menyedari mengenai tindakan Jabatan Kehakiman yang mengancam untuk mengenakan dakwaan jenayah terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell.
Terdahulu, Powell menyatakan bahawa Jabatan Kehakiman mengancamnya dengan pendakwaan jenayah susulan keterangan beliau di Senat berhubung projek jangka panjang pengubahsuaian bangunan bersejarah Rizab Persekutuan. Beliau menyifatkan ancaman itu sebagai tekanan daripada pentadbiran semasa.
"Saya tidak tahu apa-apa mengenainya, tetapi beliau sememangnya tidak begitu mahir di Fed, dan beliau juga tidak mahir dalam pembinaan bangunan," lapor NBC yang memetik kenyataan Presiden AS itu.
Sebelum ini, Trump berulang kali mengkritik Powell kerana kelewatan mengurangkan kadar faedah dan turut membayangkan kemungkinan untuk memecat Pengerusi Fed itu. Trump juga mendakwa tindakan Powell telah merugikan AS sebanyak trilion dolar dan menyifatkan projek pengubahsuaian itu sebagai antara yang paling tidak cekap dan korup dalam sejarah.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


