Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan darurat peringkat nasional pada Jumaat.

Ia sebagai usaha beliau menunaikan janjinya membina tembok bagi melindungi kawasan sempadan dengan Mexico, tanpa kelulusan Kongres.

"Saya akan menandatangani pengisytiharan darurat peringkat nasional. Dan ia telah ditandatangani banyak kali sebelum ini. Ia telah ditandatangani oleh presiden lain dari tahun 1977 lagi.

"Ia memberi kuasa kepada presiden. Ia biasanya tidak mendatangkan masalah. Orang lain juga menandatanganinya. Tiada siapa kisah. Mungkin ia tidak begitu menarik, tetapi tiada siapa peduli.

"Dalam beberapa keadaan, atau banyak keadaan, mereka menandatanganinya untuk perkara yang jauh kurang penting.

"Sekarang kita bercakap tentang serangan ke atas negara kita, dengan dadah, dengan penyeludupan manusia dengan semua jenis penjenayah dan penjahat," katanya di White House pada Jumaat.

BACA: Trump akan tandatangani rang undang-undang dwipihak, elak tutup kerajaan

TONTON: Tembok sempadan: Trump hampir isytihar darurat

Pada masa sama, parti Demokrat berjanji akan mencabar tindakan Trump yang disifatkan melanggar perlembagaan negara itu di mahkamah.

Kongres sebelum ini telah meluluskan ASD1.4 bilion untuk membina tembok di sempadan.

TONTON: Isu tembok sempadan: Trump terima reaksi negatif ketika berucap

Bagaimanapun, ia tidak mencapai jumlah yang diminta Trump iaitu bernilai ASD5.6 bilion.

Trump menggunakan strategi undang-undang yang tidak jelas menerusi pengisytiharan darurat nasional itu.

BACA: Trump beri amaran guna tentera tutup sempadan Mexico

Akibatnya, beliau mungkin terpaksa berdepan pertikaian panjang dengan Demokrat dan boleh membawa kepada perpecahan dalam Republikan.