LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis melantik Adam Telle sebagai Pemangku Setiausaha Tentera Darat susulan peletakan jawatan Dan Driscoll di tengah-tengah laporan berlaku perselisihan dengan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, lapor Anadolu Ajansi.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Adam Telle, yang kini Penolong Setiausaha Tentera Darat bagi Kerja Awam, akan menjadi Pemangku Setiausaha Tentera Darat, berkuat kuasa serta-merta,” tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.
Pelantikan itu dibuat selepas Driscoll meletak jawatan pada Selasa susulan perselisihan selama beberapa bulan dengan Hegseth mengenai hala tuju Tentera Darat serta penyingkiran beberapa pegawai kanan, menurut laporan.
-- BERNAMA-ANADOLU