awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump masih jalani rawatan, belum serah tugas kepada naib presiden

Agensi
Agensi
02/10/2020
22:30 MYT
Trump masih jalani rawatan, belum serah tugas kepada naib presiden
Trump mengalami demam dan isteri Melania mengalami batuk. -REUTERS
WASHINGTON:Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan dibawa ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed pada Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga, seorang pegawai kanan pentadbiran mengesahkan kepada NBC News.
Langkah itu disyorkan oleh doktor, kata pegawai itu, dan beliau dijangka bekerja dari hospital selama beberapa hari.
Trump dilaporkan mengalami demam tahap rendah dan keletihan.
Doktor memaklumkan beliau telah diberikan antibodi dan vitamin.
Isteri Trump, Melania mengalami batuk dan sakit kepala yang ringan.
Trump, yang berusia 74 tahun dan mempunyai berat badan berlebihan, berisiko tinggi mendapat komplikasi virus kerana usia dan berat badannya.
Trump mempunyai berat kira-kira 100 kilogram dan tinggi sekitar 185 sentimeter, menurut penilaian kesihatan yang diumumkan pada bulan Jun.
Doktornya mengesahkan Trump secara keseluruhannya tidak mempunyai masalah kesihatan.
Kuasa presiden bagaimanapun belum dipindahkan kepada naib presiden, kata Pengarah Komunikasi White House, Alyssa Farah.
"Presiden masih memegang kuasa dan bertanggungjawab," katanya.
Trump dan isterinya disahkan positif COVID-19 pada Jumaat.
BACA: Donald Trump, isteri positif COVID-19
BACA: Trump dalam keadaan baik walaupun positif COVID-19, akan terus bertugas - Doktor
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#White House
#Amerika Syarikat
#presiden
#kesihatan
#perubatan
#koronavirus
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan