awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli

Bernama
Bernama
11/02/2025
13:22 MYT
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Selain mengenakan tarif import bagi keluli dan aluminium, Trump turut menyatakan sedang mempertimbang tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif berasingan bagi mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium, lapor Anadolu Ajansi.
"Ia satu perkara besar. Ini adalah permulaan untuk menjadikan Amerika kaya semula," kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval.
"Ia 25 peratus tanpa pengecualian atau kelonggaran, dan itu melibatkan semua negara, tidak kira dari mana ia datang," katanya, sambil menambah bahawa jika ia dibuat di AS, tiada tarif dikenakan.
Presiden itu turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
"Tetapi perkara paling penting ialah timbal balik. Kami mahu tarif yang adil. Jika mereka mengenakan tarif ke atas kami, kami akan mengenakan tarif ke atas mereka. Timbal balik," tambahnya.
Trump berkata beliau akan memberi "pertimbangan sewajarnya" terhadap permintaan Australia untuk pengecualian daripada tarif keluli.
"Kami mempunyai lebihan dagangan dengan Australia, antara beberapa negara yang mempunyai lebihan dengan kami. Ini kerana mereka membeli banyak pesawat. Mereka berada agak jauh, dan mereka memerlukan banyak pesawat, jadi kami sebenarnya mempunyai lebihan," katanya.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan tindak balas daripada negara lain terhadap tarif baharu itu, Trump berkata: "Saya tidak kisah."
"Jika mereka menaikkannya sedikit, kami akan menaikkannya secara automatik. Jadi saya rasa ia tidak memberi manfaat kepada mereka untuk bertindak balas," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#tarif
#keluli
#aluminium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan