awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump 'merajuk' Demokrat tidak berdiri, tepuk tangan selepas ucapannya

Agensi
Agensi
06/02/2018
00:24 MYT
Trump 'merajuk' Demokrat tidak berdiri, tepuk tangan selepas ucapannya
Trump mendakwa ahli-ahli dari parti lawan itu enggan bertepuk tangan walaupun setelah mendengar berita positif. - REUTERS/Fail
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar Parti Demokrat dengan melabel mereka sebagai 'tidak Amerika' malah disamakan dengan 'pengkhianat'.
Ia gara-gara tindakan mereka tidak berdiri dan tepuk tangan selepas ucapan 'State of the Union' Trump minggu lalu.
Trump mendakwa ahli-ahli dari parti lawan itu enggan bertepuk tangan walaupun setelah mendengar berita positif.
"Tindakan mereka ini sangat 'tidak Amerika'. Malah, boleh disifatkan sebagai mengkhianat. Kenapa tidak? Mereka jelas tidak cintai negara ini," katanya semasa berucap di Blue Ash, Ohio.
Ucapan 'State of the Union' Presiden AS secara lazimnya dihadiri oleh kedua parti dengan ahli parti presiden biasanya akan bersorak ketika penyampaian ucapan itu, sementara pihak lawan tidak.
Sebelum ini, ketika ucapan Barack Obama semasa menjawat Presiden AS, Republikan juga jarang bersorak.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Parti Demokrat
#Parti Republikan
#pengkhianat
#Presiden Amerika Syarikat
#tepuk tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan