awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump namakan gergasi teknologi, media dalam rancangan pengambilalihan TikTok AS

Bernama
Bernama
22/09/2025
07:45 MYT
Trump namakan gergasi teknologi, media dalam rancangan pengambilalihan TikTok AS
Trump berkata tokoh terkemuka teknologi dan media akan sertai sebuah konsortium yang bakal ambil alih operasi TikTok di negara itu.
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata tokoh terkemuka teknologi dan media akan menyertai sebuah konsortium yang bakal mengambil alih operasi TikTok di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Fox News.

Ringkasan AI
  • Donald Trump umum tokoh teknologi dan media sertai konsortium ambil alih TikTok di AS, termasuk Larry Ellison (Oracle), Michael Dell (Dell Technologies), serta Rupert dan Lachlan Murdoch (Fox Corp).
  • Langkah ini susulan undang-undang AS yang mewajibkan ByteDance menjual 80% aset TikTok di AS kepada pelabur Amerika atau berdepan larangan operasi di negara itu.
  • Oracle akan mengurus data dan privasi pengguna AS, manakala Trump mengesahkan perbualan positif dengan Presiden China Xi Jinping bagi memuktamadkan perjanjian tersebut.

Trump berkata mereka yang terlibat termasuk pengasas Oracle Larry Ellison, Ketua Pegawai Eksekutif Dell Technologies Michael Dell serta eksekutif Fox Corp Rupert dan Lachlan Murdoch.
"Anda tahu, mereka adalah tokoh yang sangat terkenal. Dan Larry Ellison adalah seorang daripada mereka. Beliau terlibat.
"Beliau seorang yang hebat. Michael Dell terlibat. Seorang bernama Lachlan turut terlibat," kata Trump dalam program Sunday Briefing di Fox News, sambil menambah bahawa Rupert Murdoch "mungkin akan menyertai kumpulan itu."
Rancangan itu susulan undang-undang pada April 2024 yang menghendaki syarikat induk TikTok dari China, ByteDance, menjual kira-kira 80 peratus asetnya di AS kepada pelabur Amerika atau berdepan larangan di seluruh negara.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt memberitahu Fox News bahawa Oracle akan menyelia data dan privasi AS dengan sebuah lembaga pengarah tujuh anggota, "enam daripadanya adalah rakyat Amerika."
Trump juga berkata beliau telah mengadakan "perbualan telefon yang sangat produktif" dengan Presiden China Xi Jinping pada Jumaat, menandakan kemajuan ke arah memuktamadkan perjanjian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#TikTok
#mengambil alih operasi
#pengasas Oracle Larry Ellison
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan