Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memecat Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) James Comey pada Selasa.

Trump dilaporkan mengambil keputusan drastik itu setelah mempertimbangkan cadangan daripada Peguam Negara Jeff Sessions.

"Adalah penting untuk mencari kepimpinan baharu buat FBI yang dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan awam dalam misinya menguatkuasakan undang-undang," kata Trump kepada Comey melalui surat yang dikeluarkan oleh White House.


Surat daripada Sessions kepada Trump yang menyarankan pemecatan Comey. -Reuters

Dalam surat sama, Trump turut menyebut Comey tidak lagi mampu memimpin FBI secara berkesan.

Jurucakap White House, Sean Spicer, dalam pada itu berkata pemilihan pengarah baharu FBI akan dilakukan dengan segera.