Trump pertahan ejen ICE dalam insiden tembakan maut wanita di Minneapolis

Trump menyifatkan wanita berkenaan sebagai “pengacau profesional” dan mendakwa dia telah “melanggar ejen ICE secara ganas dan sengaja”, menyebabkan ejen tersebut bertindak menembak sebagai langkah mempertahankan diri. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mempertahankan tindakan seorang ejen Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) yang menembak mati seorang wanita berusia 37 tahun di Minneapolis, Minnesota, dalam operasi penguatkuasaan imigresen pada 7 Januari.
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mempertahankan tindakan ejen ICE yang menembak mati seorang wanita berusia 37 tahun di Minneapolis, Minnesota, semasa operasi penguatkuasaan imigresen.
- Rakaman video insiden menunjukkan ejen ICE menembak wanita itu ketika cuba melarikan diri, mencetuskan kemarahan awam dan protes di Minneapolis.
- Datuk Bandar Minneapolis menolak naratif kerajaan persekutuan dan menuntut siasatan bebas mengenai insiden tersebut.
Ketika wanita itu cuba memandu pergi, seorang lagi ejen melepaskan tiga das tembakan ke arah tingkap pemandu, mengenai kepala mangsa yang dikenali sebagai Renee Nicole Macklin Good.
Rakaman tersebut mencetuskan kemarahan awam dan protes besar-besaran di Minneapolis, dengan penunjuk perasaan menuntut agar operasi ICE dihentikan di negeri itu.
Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey, menolak naratif kerajaan persekutuan dan menyifatkan kenyataan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem, sebagai “tidak berasas” selepas meneliti rakaman kejadian.
Setiausaha Noem sebelum ini menyifatkan insiden itu sebagai “tindakan keganasan domestik terhadap ejen ICE”, mendakwa pemandu cuba melanggar pegawai penguat kuasa.
Namun, kenyataan itu dipertikaikan oleh pemimpin tempatan dan ahli politik pembangkang, yang menuntut siasatan bebas.
Jabatan Kehakiman dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah memulakan siasatan terhadap insiden tersebut.
Sementara itu, keluarga mangsa dan kumpulan hak asasi manusia menuntut penjelasan dan keadilan, menyifatkan penggunaan kekerasan sebagai tidak wajar dan berlebihan.
Insiden ini berlaku dalam konteks peningkatan operasi imigresen di kawasan bandar, yang menurut pengkritik, menjejaskan keselamatan komuniti dan menimbulkan ketegangan antara kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang menolak campur tangan ICE.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan kemarahan awam dan protes besar-besaran di Minneapolis berikutan insiden penembakan wanita oleh ejen ICE? A: Kemarahan dan protes berlaku selepas rakaman video menunjukkan ejen ICE menembak wanita yang cuba melarikan diri dengan kenderaan, mengakibatkan kematian wanita itu.
- Q: Siapakah yang menolak naratif kerajaan persekutuan berkenaan insiden penembakan wanita di Minneapolis? A: Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey, menolak naratif kerajaan persekutuan dan menuntut siasatan bebas terhadap insiden penembakan wanita oleh ejen ICE.
- Q: Apakah tindakan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem, selepas insiden penembakan wanita di Minneapolis? A: Setiausaha Noem menyifatkan insiden itu sebagai 'tindakan keganasan domestik terhadap ejen ICE' dan mendakwa pemandu cuba melanggar pegawai penguat kuasa, walaupun kenyataan itu dipertikaikan oleh pemimpin tempatan dan ahli politik pembangkang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

