awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara

Bernama
Bernama
22/11/2024
05:00 MYT
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Pam Bondi bercakap pada kempen pilihan raya Trump di First Horizon Coliseum, Greensboro, North Carolina, 2 Nov 2024. (Foto AP)
WASHINGTON: Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa beliau telah memilih Pam Bondi, bekas peguam negara negeri Florida, sebagai Peguam Negara AS yang baharu, menggantikan Matt Gaetz yang menarik diri daripada pertimbangan, lapor Xinhua.
Dalam pengumuman yang dibuat menerusi platform media sosialnya, Truth Social, Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai peguam negara Florida.
Beliau turut menambah bahawa faktor inilah yang mendorong beliau meminta Bondi berkhidmat dalam Suruhanjaya Opioid dan Penyalahgunaan Dadah semasa pentadbiran Trump yang pertama.
Pencalonan Bondi dibuat pada hari yang sama Matt Gaetz, pilihan Trump sebelum ini untuk jawatan pendakwa raya tertinggi itu, menarik diri daripada pertimbangan.
Kontroversi yang tercetus dalam beberapa hari terakhir mengenai dakwaan salah laku seksual bekas anggota Kongres Florida itu menjadikan pencalonannya untuk jawatan peguam negara begitu kontroversi sehingga peluangnya mendapatkan sokongan mencukupi daripada Senator Republikan dalam proses pengesahan semakin tipis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Pam Bondi
#Amerika Syarikat
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan