awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal umumkan nama dan butiran mangsa terkorban dalam protes terbaharu
Fed kekal kadar faedah di sebalik tekanan White House
RAM Ratings naikkan penarafan bon YTL Corp, YTL Power kepada AAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump potong dana kesihatan global, WHO bersiap hadapi pengecilan saiz dalam sejarah

Bernama
Bernama
20/10/2025
13:13 MYT
Trump potong dana kesihatan global, WHO bersiap hadapi pengecilan saiz dalam sejarah
Donald Trump telah menarik negaranya keluar daripada WHO dan memotong program bantuan kesihatan utama sejak kembali ke Rumah Putih. - Reuters
ANKARA: Dana kesihatan global kini berada pada paras terendah dalam tempoh 15 tahun selepas Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah mengurangkan bantuan luar, mencetuskan amaran daripada pakar kesihatan bahawa dunia semakin tidak bersedia menghadapi pandemik masa hadapan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media pada Ahad.
Presiden AS Donald Trump telah menarik negaranya keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan memotong program bantuan kesihatan utama sejak kembali ke Rumah Putih pada Januari lepas.
Sembilan negara Eropah, termasuk penyumbang utama, turut mengurangkan belanjawan bantuan luar masing-masing dengan alasan keutamaan pertahanan dan ekonomi.
Menurut Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan yang berpangkalan di Seattle, jumlah keseluruhan dana kesihatan global telah menurun daripada AS$80 bilion pada 2021 kepada kurang daripada AS$40 bilion tahun ini.
AS mengurangkan sumbangannya sebanyak 67 peratus atau lebih AS$9 bilion, manakala United Kingdom (UK) dan Perancis masing-masing memotong sekitar 40 peratus dan 33 peratus.
WHO merancang agar 50 peratus daripada belanjawannya dibiayai melalui yuran mandatori negara anggota menjelang 2031 bagi mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana satu negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana kesihatan
#WHO
#pemotongan dana
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan