awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'

Bernama
Bernama
10/11/2024
06:45 MYT
Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'
Trump memperoleh kemenangan besar ke atas Harris dalam pilihan raya Selasa lalu, menjadi calon Republikan pertama yang memenangi undi popular dalam tempoh dua dekad. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Donald Trump berjaya memenangi negeri Arizona dalam pilihan raya presiden pada Sabtu, menewaskan pencabarnya dari Parti Demokrat Kamala Harris, sekali gus menukar negeri yang dimenangi Demokrat pada 2020, lapor Agensi Anadolu memetik The Associated Press.
Dengan 11 undi Badan Perwakilan Pemilih Arizona, Trump dari Parti Republikan kini memperoleh 312 undi elektoral.
Harris memperoleh 226 undi elektoral. Pada pilihan raya 2020, Presiden Joe Biden memenangi negeri itu selepas Trump memenanginya pada 2016.
Setakat Sabtu, tiada parti yang berjaya menguasai Dewan Perwakilan, walaupun kedua-duanya membuat kemajuan dalam usaha merebut 218 kerusi yang diperlukan.
Demokrat kini memegang 202 kerusi, manakala Republikan menguasai 213 kerusi di Dewan.
Trump memperoleh kemenangan besar ke atas Harris dalam pilihan raya Selasa lalu, menjadi calon Republikan pertama yang memenangi undi popular dalam tempoh dua dekad.
Republikan juga berjaya memperoleh majoriti yang signifikan di Senat dengan memenangi empat kerusi tambahan, menjadikan jumlah 53 berbanding 45 kerusi yang dipegang Demokrat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya AS
#Donald Trump
#Kamala Harris
#swing state
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan