Skip to main content
Advertisement

Dunia

Trump sambut Xi Jinping di landasan, luar kebiasaan protokol

VIDEO SHOWS: U.S. PRESIDENT DONALD TRUMP AND U.S. FIRST LADY MELANIA TRUMP GREETING CHINA PRESIDENT XI JINPING AND CHINA FIRST LADY PENG LIYUAN  / XI AND TRUMP WALKING / XI AND TRUMP TALKING
Sepanjang lawatan, Jinping dijadual menghadiri beberapa acara rasmi termasuk jamuan negara yang turut menghimpunkan tokoh industri teknologi. - Foto REUTERS
Advertisement

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyambut sendiri Presiden China, Xi Jinping, sejurus ketibaannya di Pangkalan Bersama Andrews pada Rabu, satu langkah luar biasa yang menyimpang daripada protokol kebiasaan bagi kunjungan pemimpin asing.

Jinping tiba di pangkalan tentera di Maryland pada petang Rabu waktu tempatan untuk lawatan selama tiga hari ke AS, dengan Trump menantinya di landasan.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Jinping ke AS dalam tempoh hampir tiga tahun.

Pangkalan Bersama Andrews turut menjadi lokasi pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One, ditempatkan.

Sambutan secara langsung oleh Trump itu merupakan kali pertama dalam tempoh 11 tahun seorang Presiden AS menyambut pemimpin asing di pangkalan berkenaan.

Kali terakhir ia dilakukan adalah pada 2015, ketika Presiden ketika itu, Barack Obama, menyambut Pope Francis.

Sepanjang lawatan, Jinping dijadual menghadiri beberapa acara rasmi termasuk jamuan negara yang turut menghimpunkan tokoh industri teknologi.

Trump dan Jinping juga dijadual menghadiri upacara ketenteraan di Rumah Putih yang merangkumi pertunjukan lintas udara pesawat.

Selain itu, Jinping dijadual mengunjungi Arkib Negara AS yang menempatkan dokumen asal Deklarasi Kemerdekaan dan Perlembagaan Amerika Syarikat.

Lawatan itu berlangsung ketika hubungan AS-China terus menjadi perhatian susulan ketegangan dalam isu perdagangan dan teknologi, selain perkembangan geopolitik berkaitan Iran.

 

 

Must Watch Video

Advertisement