awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tandatangani perintah eksekutif kurangkan peranan Jabatan Pendidikan

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2025
01:30 MYT
Trump tandatangani perintah eksekutif kurangkan peranan Jabatan Pendidikan
Trump berkata perintah itu akan "mula menghapuskan" jabatan tersebut dalam satu majlis menandatangani perjanjian di White House. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menandatangani perintah eksekutif yang bertujuan untuk mengurangkan peranan Jabatan Pendidikan Persekutuan, sekali gus menepati janji kempen yang telah lama dibuat kepada golongan konservatif.
Perintah itu akan menyerahkan dasar pendidikan hampir sepenuhnya kepada kerajaan negeri dan lembaga tempatan.
Trump berkata perintah itu akan "mula menghapuskan" jabatan tersebut dalam satu majlis menandatangani perjanjian di White House.
Bagaimanapun, penutupan sepenuhnya jabatan itu memerlukan tindakan Kongres, dan beliau tidak mempunyai sokongan undian yang mencukupi untuk merealisasikannya.
Perintah itu dibuat susulan pengumuman Jabatan Pendidikan minggu lalu bahawa jabatannya akan memberhentikan hampir separuh daripada kakitangannya.
Ini merupakan langkah terbaru Trump, yang baru kira-kira dua bulan memegang jawatan, dalam usaha membentuk semula kerajaan AS dan mengurangkan saiz birokrasi persekutuan.
Di AS, pendidikan telah lama menjadi isu politik yang hangat, dengan golongan konservatif cenderung menyokong dasar pilihan sekolah yang memberi manfaat kepada sekolah swasta.
Manakala pengundi berhaluan kiri kebanyakannya menyokong program dan pembiayaan untuk sekolah awam.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Jabatan Pendidikan
#perintah eksekutif
#kurangkan peranan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan