awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tegaskan kenaikan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada - Laporan

Bernama
Bernama
27/01/2025
15:30 MYT
Trump tegaskan kenaikan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada - Laporan
Trump dikatakan "sangat serius" dengan ancamannya dan mengharapkan kerjasama penuh daripada kedua-dua Mexico dan Kanada, kata pegawai itu kepada WSJ. - Gambar fail/Reuters/Carlos Barria
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal bertegas untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti yang memetik The Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin.
Seorang pegawai kanan AS menjelaskan bahawa walaupun Mexico telah mengambil langkah untuk mengelakkan tarif import AS, seperti mengatur empat penerbangan pengusiran setiap hari, melaksanakan dasar untuk menghalang migrasi ke AS dan menempatkan pasukan di sepanjang sempadan utara, usaha ini mungkin masih belum mencukupi.
Trump dikatakan "sangat serius" dengan ancamannya dan mengharapkan kerjasama penuh daripada kedua-dua Mexico dan Kanada, kata pegawai itu kepada WSJ.
Seorang pegawai Kanada memberitahu akhbar itu bahawa Kanada telah cuba berunding dengan pentadbiran Trump, tetapi ramai pelantikan kabinet Trump, termasuk Howard Lutnick sebagai Setiausaha Perdagangan AS, masih belum disahkan. Pegawai itu menambah bahawa Kanada bersedia melaksanakan langkah balas jika tarif baharu AS diperkenalkan.
Sementara itu, seorang pegawai Mexico melahirkan rasa kecewa dengan kekurangan rundingan perdagangan dengan pentadbiran Trump. Pegawai itu menyatakan bahawa Menteri Luar Mexico Juan Ramon de la Fuente telah mengadakan perbualan telefon minggu lalu dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio untuk membincangkan isu migrasi dan keselamatan, tetapi isu perdagangan tidak disentuh dalam perbincangan tersebut.
Pada 20 Jan, Trump berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif import 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb, menunaikan janjinya pada November lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Wall Street Journal
#isu perdagangan
#tarif baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan