awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi

Agensi
Agensi
20/05/2017
07:42 MYT
Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi
White House berharap kunjungan itu akan mengalihkan fokus media daripada kontroversi serantau kepada agenda dasar luar Trump. - REUTERS/Jonathan Ernst
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Arab Saudi pada Sabtu dalam rangka kunjungan antarabangsa pertamanya sejak mengambil alih White House pada Januari.
Arab Saudi yang merupakan sekutu kuat AS menyifatkan kunjungan itu akan mengukuhkan kerjasama komersial dan politik serta akan membantu merangsang usaha memerangi kumpulan pelampau.
Saluran berita Arab Saudi turut menayangkan klip pesawat Air Force One mendarat di Riyadh, dengan hamparan karpet merah oleh askar Arab Saudi.
White House berharap kunjungan itu akan mengalihkan fokus media daripada kontroversi serantau kepada agenda dasar luar Trump.
Arab Saudi antara yang cukup teruja dengan pelantikan Trump sebagai presiden selepas menyaksikan bagaimana presiden terdahulu, Barack Obama dilihat terlalu berlembut dengan seterunya, Iran dan mengamalkan pendekatan sama dalam hubungan dua hala Washington dengan Riyadh, yang menjadi nadi keseimbangan keselamatan Asia Barat.
Trump akan melakukan beberapa lagi kunjungan minggu depan iaitu Israel, Belgium dan Itali. Kunjungan itu dianggap satu peluang untuk Trump melawat tempat-tempat suci tiga agama utama dunia, termasuk peluang bersemuka dengan pemimpin Arab, Israel dan Eropah.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#AS
#Donald Trump
#Iran
#Islam
#Israel
#Itali
#politik
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan