DUNIA
Trump tolak rancangan Israel bunuh Ayatollah Ali Khamenei - Laporan

Presiden Donald Trump dilaporkan menolak rancangan Israel untuk membunuh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei (gambar), menurut tiga pegawai Amerika Syarikat. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan menolak rancangan Israel untuk membunuh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menurut tiga pegawai Amerika Syarikat yang dipetik CBS News – rakan media BBC di Amerika.
Menurut seorang pegawai, Israel ketika itu berpeluang melaksanakan serangan ke atas Khamenei, namun Trump menegaskan pendiriannya kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa tindakan itu bukanlah satu "idea yang baik."
Perbualan antara Netanyahu dan Trump itu dikatakan berlaku selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran minggu lalu.
Penolakan Trump terhadap cadangan tersebut pertama kali dilaporkan oleh agensi berita Reuters.Namun, dalam satu temu bual bersama Fox News malam tadi, Netanyahu tidak secara langsung mengesahkan atau menafikan laporan Reuters itu.
“Terlalu banyak laporan palsu mengenai perbualan yang tidak pernah berlaku dan saya tidak mahu mengulas perkara itu,” kata Netanyahu.
“Tetapi apa yang boleh saya katakan, kami akan lakukan apa yang perlu. Kami tahu apa yang perlu dilakukan dan saya fikir Amerika Syarikat juga tahu apa yang terbaik untuk mereka. Saya tidak akan mengulas lanjut,” tambah beliau. - Agensi

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami