awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari

Bernama
Bernama
22/01/2025
14:45 MYT
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl, dengan mendakwa fentanyl dihantar dari China melalui Kanada dan Mexico ke Amerika Syarikat. - AP
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, satu langkah yang dikhuatiri beberapa penganalisis boleh mencetuskan perang dagang.
Ancaman pelaksanaan tarif ini susulan pengumuman Trump pada Isnin yang beliau berhasrat mengenakan 25 peratus duti ke atas import dari Kanada dan Mexico sebagai tindak balas terhadap kemasukan fentanyl dan pendatang tanpa izin ke AS, lapor Agensi Anadolu yang memetik media tempatan.
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl, dengan mendakwa fentanyl dihantar dari China melalui Kanada dan Mexico ke Amerika Syarikat.
"Kami bercakap tentang tarif 10 peratus ke atas China berdasarkan hakikat yang mereka menghantar fentanyl ke Mexico dan Kanada," kata Trump.
Rancangan Trump untuk mengenakan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico mungkin menyebabkan kesan ekonomi kepada industri AS dan perang dagang, menurut penganalisis.
Pada penggal pertama menjadi presiden, Trump berjaya membuat perjanjian perdagangan baharu dengan Kanada dan Mexico, Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada dan mencapai perjanjian terhad dengan China untuk manfaat petani Amerika, menurut The New York Times.
Trump sejak itu berusaha merundingkan semula kedua-dua perjanjian itu semasa penggal keduanya.
Sebagai reaksi kepada rancangan Trump, jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata Beijing akan mempertahankan kepentingan negara mereka.
"Tidak ada pemenang dalam perang dagang atau perang tarif dan China akan tegas mempertahankan kepentingannya" kata Mao dalam laporan The Global Times.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarif import
#China
#perang dagang
#fentanyl
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan