MEXICO CITY: Pembentangan mengenai objek yang tidak dikenali (UFO) di Kongres Mexico yang melibatkan sisa tubuh makhluk bukan manusia mendapat kecaman di peringkat antarabangsa pada Khamis, dengan pengkritik mengecamnya sebagai "sandiwara."
Dalam masa sama pihak berkuasa di Peru mempersoalkan di mana spesimen berkenaan pertama kali muncul.
Wartawan Mexico dan penyokong tegar UFO, Jaime Maussan mempamerkan dua "tubuh" kecil yang memiliki tiga jari di setiap tangan dan kepala yang memanjang semasa pendengaran pada hari Selasa lalu.
Maussan mendakwa, objek berkenaan ditemui di Peru pada tahun 2017 dan tidak berkaitan dengan sebarang kehidupan di bumi.
Gambar-gambar semasa pendengaran kongres yang pertama kali diadakan di Mexico itu dalam masa sama mencetus minat antarabangsa serta kecaman yang besar.
Bekas juruterbang Angkatan Laut Amerika Syarikat, Ryan Graves, yang juga menghadiri pendengaran itu untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang pemandangan "fenomena aneh yang tidak dikenal pasti" serta menyuarakan kritikan terhadap pembentangan tersebut.
"Persembahan semalam merupakan langkah ke belakang isu ini," kata Graves di platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
"Saya sangat kecewa dengan sandiwara yang tidak dapat disahkan ini," selar beliau.
Graves menegaskan, pemandangan fenomena yang tidak dapat diterangkan di ruang udara adalah "terlalu sedikit dilaporkan."
Dalam masa sama, Maussan berkata, spesimen tersebut ditemui berhampiran Garis Nazca purba di Peru dan telah diuji tarikh karbon oleh Universiti Kebangsaan Autonomous Mexico (UNAM).
Dalam laporan yang diterbitkan sejurus itu, spesimen berkenaan dianggar berusia kira-kira 1,000 tahun.
Beliau turut mendakwa, objek-objerk berkenaan tiada sebarang kaitan dengan mana-mana spesies di bumi.
Pada penemuan sebelum ini, objek sedemikian disahkan sebagai sisa tubuh kanak-kanak yang telah diawetkan.
Dalam perkembangan sama, Menteri Kebudayaan Peru, Leslie Urteaga berkata, tiada institusi saintifik di negara Amerika Selatan itu yang telah mengenal pasti sisa objek berkenaan sebagai bukan manusia dan meragui bagaimana spesimen tersebut keluar dari Peru.
"Terdapat aduan tindakan jenayah daripada Kementerian Kebudayaan terhadap beberapa individu yang mempunyai hubungan dengan golongan ini," kata Urteaga kepada wartawan pada Rabu merujuk kepada Maussan dan rakan-rakannya.
"Saya akan meminta maklumat untuk melihat apa yang telah berlaku ... tentang pemindahan objek pra-Hispanik, kerana saya faham mereka adalah sebahagian daripada sisa-sisa tulang pra-Hispanik," tambahnya.
Maussan, bagaimanapun, tidak memberi sebarang ulasan mengenai dakwaan itu. - Reuters
Agensi
Fri Sep 15 2023
Inilah rupa objek UFO di Kongres Mexico yang dibentangkan di Kongres Mexico dan dikecam sebagai "sandiwara." - Gambar REUTERS
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
'Tubuh alien' yang dibentangkan di Kongres Mexico dikecam sebagai 'sandiwara'
Dua "tubuh" kecil yang memiliki tiga jari di setiap tangan dan kepala yang memanjang didakwa sebagai UFO dibentang di Kongres Mexico.