awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh maut selepas minum susu beracun di Sindh, Pakistan

Bernama
Bernama
20/08/2024
15:40 MYT
Tujuh maut selepas minum susu beracun di Sindh, Pakistan
Polis tempatan berkata mereka sedang menyiasat bagaimana susu berkenaan boleh dicampur dengan racun. - Foto hiasan
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya tujuh orang ahli sebuah keluarga maut selepas meminum susu beracun di wilayah Sindh, selatan Pakistan, kata seorang pegawai tempatan pada Selasa.
Menurut kenyataan Pesuruhjaya Wilayah Sind Fayyaz Abbasi, lima kanak-kanak adalah antara mangsa yang meninggal dunia selepas meminum susu beracun pada Ahad malam. Kejadian berlaku di kawasan Pir Goth, Daerah Khairpur di wilayah itu.
Pegawai itu berkata 10 ahli keluarga berkenaan dibawa ke Hospital Awam di kawasan itu selepas keadaan kesihatan mereka merosot akibat meminum susu itu pada lewat Ahad malam.
"Tujuh daripada mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala baki mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital," kata seorang pegawai hospital kepada Xinhua.
Polis tempatan berkata mereka sedang menyiasat bagaimana susu berkenaan boleh dicampur dengan racun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#susu beracun
#Sindh
#Pakistan
#Pir Goth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan