Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat Iran yang didakwanya melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.
Berucap dalam Forum Doha di Qatar, Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu bukan hanya memberi kesan kepada satu negara tetapi Malaysia dan beberapa negara lain yang mempunyai hubungan dengan Iran turut menerima kesannya.
"Kami (Malaysia) ingin berkawan dengan semua negara dan tidak mahu ada musuh. Negara kami kecil dengan populasi yang rendah untuk kami sediakan pasaran yang bagus, jadi kami perlukan pasaran dunia.
"Tetapi pada masa sama, PBB tidak benarkan mana-mana negara kuasa besar untuk mengenakan sekatan terhadap negara unilateral lain. Ini menyebabkan masalah wujud, Malaysia dengan beberapa negara lain kehilangan pasaran yang besar atas tindakan ini." tegasnya ketika berucap pada Forum Doha di Qatar pada Sabtu.
Menurut Dr Mahathir, Malaysia tidak menyokong tindakan yang disifatkan mencabul undang-undang antarabangsa dan PBB.
Kata Perdana Menteri, hanya PBB berhak membuat sekatan seumpama itu.
Sebaliknya, tindakan AS, tegas Dr Mahathir, menyekat atas sebab perbezaan ideologi tidak boleh diterima sama sekali.
Justeru, perkara itu, kata beliau, akan dibawa dalam Mesyuarat Agung PBB.
Terdahulu, Dr Mahathir menerima Anugerah Forum Doha yang disampaikan oleh Emir Qatar, Tamim Hamad Al-Thani.
Anugerah Forum Doha merupakan pengiktirafan besar terhadap kepimpinan dan inisiatif Dr Mahathir Mohamad dalam membangunkan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Fareez Azman
Sat Dec 14 2019
Dr Mahathir Mohamad berucap pada Forum Doha di Qatar pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.