awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan antikerajaan Thailand bertukar ganas

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2021
21:39 MYT
Tunjuk perasaan antikerajaan Thailand bertukar ganas
Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 30 orang cedera dan sekurang-kurangnya lima yang lain ditahan. - BERNAMA
BANGKOK: Tunjuk perasaan antikerajaan di Thailand bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan orang ramai yang berhimpun berhampiran Istana Besar di Bangkok.
Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 30 orang cedera dan sekurang-kurangnya lima yang lain ditahan.
Kumpulan penunjuk perasaan itu sebelum ini berhimpun di Sanam Luang, yang juga dikenali sebagai padang diraja berhampiran istana, untuk menerbangkan layang-layang tertera berimej pemimpin tunjuk perasaan yang telah dipenjara.
Bagaimanapun, beberapa pergelutan berlaku semasa penunjuk perasaan membuang kontena kapal yang menghalang mereka daripada berarak ke istana.
Penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun bagi menuntut polis membebaskan pemimpin mereka yang didakwa mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan negara itu, kerana menghina monarki.
Selain itu, tunjuk perasaan tersebut turut diadakan selepas Parlimen yang bersidang minggu ini gagal meluluskan rang undang-undang bagi meminda Perlembagaan iaitu antara tuntutan penunjuk perasaan.
Siri tunjuk perasaan berlangsung sejak Julai tahun lepas.
Mereka menuntut perubahan politik termasuk pengunduran perdana menteri, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan dan reformasi monarki.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Penunjuk perasaan
#tunjuk perasaan
#antikerajaan
#meriam air
#gas pemedih mata
#peluru getah
#Sanam Luang
#hina monarki
#pengunduran perdana menteri
#pembubaran Parlimen
#pindaan perlembagaan
#reformasi monarki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan