NEW YORK: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengutuk keras aktiviti penempatan haram Israel yang berterusan di Tebing Barat, termasuk pengusiran paksa rakyat Palestin serta pencerobohan berulang kali ke dalam Masjid Al-Aqsa.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Perwakilan Tetap UAE ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu sidang media bersama Kumpulan Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Ibu Pejabat PBB, di sini.
Menurut UAE, tindakan unilateral Israel berkenaan merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa.
“Tindakan seumpama ini yang bertujuan mengubah status sejarah, undang-undang dan demografi di Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
“Amalan ini hanya akan menyemarakkan lagi ketegangan di rantau berkenaan serta menjejaskan usaha global ke arah mencapai penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan,” menurut misi UAE dalam satu hantaran di platform X.
انضمت دولة الإمارات إلى المجموعة العربية ومجموعة منظمة التعاون الإسلامي في لقاء مع الصحافة، للإعراب عن إدانتهم الشديدة لاستمرار الأنشطة الاستيطانية الإسرائيلية، والتهجير القسري، والإجراءات أحادية الجانب في الأرض الفلسطينية المحتلة، إضافةً إلى الاقتحامات المتكررة للمسجد الأقصى… https://t.co/F3kbppt7A8 pic.twitter.com/ZIQEpH8O6f
— UAE Mission to the UN (@UAEMissionToUN) June 5, 2026
Bantahan diplomatik itu disuarakan ketika ketegangan terus meningkat di wilayah Palestin, dengan beberapa pihak antarabangsa menggesa tindakan lebih tegas terhadap insiden melibatkan pendatang Israel di kawasan terbabit.