DUNIA
Turki beri isyarat sedia lancarkan serangan ke atas Manbij

Konvoi tentera Turki memasuki Kilis berdekatan sempadan Turki-Syria pada 9 Oktober 2019. - Foto Reuters
PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan memberi isyarat bahawa tentera Turki dan sekutu pembangkang Syria bersedia melancarkan serangan terhadap bandar Manbij yang ditawan puak Kurdish.
Erdogan berkata kepada pemberita pada Isnin bahawa pihaknya akan melaksanakan keputusan tersebut ke atas Manbij.
Beliau berkata matlamat Turki adalah untuk memulangkan bandar tersebut kepada penduduk Arab Saudi yang dikatakan merupakan pemilik sah bandar berkenaan.
Terdahulu, media Turki melaporkan tentera Turki sedang bersiap-siaga untuk melancarkan operasi ke atas Manbij dan telah dihantar ke pinggir bandar tersebut.
Puak Kurdi membuat perjanjian dengan kerajaan Syria untuk menangkis pencerobohan Turki apabila Amerika Syarikat (AS) mengundur markas tentera dari sempadan zon utara.
Hari ini (Isnin) menandakan hari keenam Turki melancarkan serangan ke atas tentera Kurdish di utara Syria dan telah menawan dua bandar utama iaitu Tal Abyad dan Ras al-Ain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami