ANKARA: Turkiye berazam untuk membanteras pertubuhan pengganas di Syria yang mengancam keselamatannya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik presiden negara itu pada Selasa.
"Kami berazam untuk menghapuskan kumpulan dari Syria yang menyasarkan keselamatan negara kami," kata Recep Tayyip Erdogan menjelang pertemuan tiga hala dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dan Presiden Iran Ebrahim Raisi di Tehran, ibu negara Iran.
Beberapa pemimpin dunia berhimpun sempena sidang kemuncak ke-7 Astana untuk membincangkan perkembangan terkini di Syria, memerangi kumpulan pengganas, yang menimbulkan ancaman kepada keselamatan serantau, situasi kemanusiaan dan penghantaran pulang rakyat Syria secara sukarela.
"Ia mesti difahami dengan jelas bahawa tidak ada ruang pada masa depan untuk keganasan pemisah dan kesinambungannya di wilayah kita," katanya.
Beliau berkata Tal Rifat dan Manbij Syria telah menjadi "sarang keganasan" dan sudah tiba masa membersihkan kawasan itu daripada cengkaman organisasi pengganas yang sedang mencari tapak yang selamat.
Menyifatkan Rundingan Astana mengenai Syria sebagai perjuangan yang berkesan dan konkrit, Erdogan berkata Turkiye mengharapkan sokongan Rusia dan Iran untuk memerangi keganasan di Syria.
Penghantaran pulang secara sukarela dan selamat rakyat Syria ke tanah air mereka adalah agenda penting dalam proses Astana, kata Erdogan.
Beliau menggesa agar "keputusan yang cepat dan konkrit" oleh Jawatankuasa Perlembagaan Syria mesti dipastikan kerana kegagalannya dilihat mencerminkan kegagalan proses Astana.
Rundingan Astana dilancarkan pada 2017 untuk memulihkan keamanan di Syria, yang dilanda perang saudara sejak awal 2011 apabila rejim Bashar al-Assad menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi.
Dalam perkembangan yang sama, Putin turut menekankan kepentingan menghapuskan semua kumpulan pengganas di seluruh wilayah Syria.
Beliau menegaskan bahawa usaha Rusia, Turkiye dan Iran untuk menyelesaikan krisis di Syria "secara umumnya adalah berkesan."
Putin berkata penggunaan "langkah konkrit" untuk mempromosikan dialog inklusif intra-Syria adalah tugas ketiga-tiga negara.
"Rusia komited teguh terhadap integriti wilayah dan kedaulatan Syria," katanya.
Putin menuntut masyarakat dunia, termasuk struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memainkan "peranan lebih penting" dalam menyelesaikan isu kemanusiaan di Syria dan "mengelakkan proses itu dipolitikkan".
Mengenai pembangunan Syria selepas konflik, beliau berkata antara tugas utama negara penjamin proses Astana ialah pemulihan ekonomi Syria dan lingkungan sosial, penghantaran pulang pelarian antarabangsa dan domestik ke tempat asal mereka dan mewujudkan syarat untuk akses selamat dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan.
Putin juga mencadangkan untuk mengadakan sidang kemuncak Astana seterusnya mengenai Syria di Rusia, dan mempelawa pemimpin Iran dan Turki menyertainya.
"Terima kasih kepada bantuan dan sokongan negara kita, tahap keganasan di Syria telah menurun dengan ketara, kehidupan aman mula kembali, dan ekonomi dan sosial secara beransur-ansur pulih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Erdogan berkata, Turkiye berazam untuk menghapuskan kumpulan dari Syria yang menyasarkan keselamatan negara. - AP
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa (29 Oktober), negara itu menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada 2025.
Serangan udara Turkiye musnahkan 34 sasaran, 'neutralkan' ramai militan
Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pada awal Jumaat, 34 sasaran pengganas PKK (Parti Pekerja Kurdistan) dimusnahkan dan sejumlah besar pengganas "dineutralkan" dalam satu operasi udara.
Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi
Mangsa syahid dalam serangan pengganas di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries dikebumikan dengan sebak pada Khamis.
Pemberontak Kurdish mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries - Turkiye
Pihak berkuasa Turkiye tidak tolak bahawa pemberontak Kurdish 'kemungkinan besar' berada di sebalik serangan TAI.
Fethullah Gulen yang didakwa dalang cubaan rampasan kuasa di Turkiye meninggal dunia
Gulen, menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun, meninggal dunia pada petang Ahad di sebuah hospital di Pennsylvania.
Turkiye mulakan operasi bawa keluar rakyat dari Lubnan
Dua kapal tentera laut Turkiye dijadualkan bertolak ke Beirut pada Selasa sebagai sebahagian daripada operasi berkenaan.
Turkiye bawa keluar rakyat dari Lubnan, hantar kapal tentera laut
Turkiye mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan memindahkan rakyatnya dari Lubnan pada Rabu melalui laluan laut berikutan pengeboman Israel di negara itu yang semakin meningkat, lapor Xinhua.
UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.
DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye
Ia susulan pemakluman mengenai dokumen SKV yang menggunakan nama dan cap DVS mengiringi produk makanan laut ke Turkiye.