awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi

Bernama
Bernama
25/10/2024
02:40 MYT
Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi
Mangsa syahid dalam serangan pengganas di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI) di daerah Kahramankazan Ankara, dikebumikan dengan sebak pada Khamis. - Reuters
ANKARA: Mangsa syahid dalam serangan pengganas di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI) di daerah Kahramankazan Ankara, dikebumikan dengan sebak pada Khamis.
Menurut Agensi Anadolu, jenazah pekerja TAI Zahide Guclu Ekici, Hasan Huseyin Canbaz dan Cengiz Coskun, yang syahid dalam serangan pengganas di TAI, dibawa ke Masjid Karsiyaka Ahmet Efendi.
Selain keluarga para syuhada, upacara pengebumian itu yang diadakan pada sebelah petang, turut dihadiri Speaker Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye, Numan Kurtulmus serta pegawai politik, tentera dan birokrasi.
Solat jenazah para syuhada diketuai ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turkiye, Ali Erbas.
Selepas solat, jenazah para syuhada Ekici, Canbaz dan Coskun dikebumikan di Tanah Perkuburan Karsiyaka.
Keluarga para syuhada menerima ucapan takziah.
Satu letupan dan tembakan kedengaran pada Rabu di kemudahan TAI di daerah Kahramankazan Ankara.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata lima orang maut dan 22 yang lain cedera dalam serangan itu, manakala dua pengganas yang menyerang kemudahan itu turut terkorban.
Yerlikaya mengumumkan pengganas yang melakukan serangan itu dikenal pasti sebagai ahli kumpulan PKK.
Dalam kempen keganasan lebih 40 tahun terhadap Turkiye, PKK - disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah - bertanggungjawab atas kematian 40,000 orang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkiye
#serangan pengganas
#Turkish Aerospace Industries
#syuhada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan