awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye, Itali keluar nasihat perjalanan ketika ketegangan memuncak di Lubnan

Bernama
Bernama
05/08/2024
02:40 MYT
Turkiye, Itali keluar nasihat perjalanan ketika ketegangan memuncak di Lubnan
Asap tebal kelihatan selepas serangan di kawasan Lubnan berdekatan dengan sempadan Israel. - Foto AP
ISTANBUL: Turkiye dan Itali pada Ahad telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat mereka di Lubnan atau yang merancang ke negara itu, di tengah-tengah peningkatan ketegangan berikutan pembunuhan seorang komander kanan Hezbollah dan ketua politik Hamas.
"Rakyat di Lubnan dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak perjalanan ke kawasan Nabatieh, Selatan Lubnan, Bekaa dan Baalbek-Hermel kecuali jika benar-benar perlu," lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye.
Kementerian itu juga menasihatkan rakyatnya untuk meninggalkan Lubnan "jika kehadiran mereka tidak penting" sementara penerbangan komersial masih tersedia.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali Antonio Tajani menggesa rakyat Itali di Lubnan untuk mengelakkan kawasan selatan dan pulang ke tanah air melalui penerbangan komersial dalam satu kenyataan di X.
Kementerian Luar Indonesia turut menasihatkan rakyatnya tidak melakukan perjalanan ke Lubnan, Iran dan Israel, serta mengesyorkan mereka segera meninggalkan Lubnan dan meningkatkan kewaspadaan.
Ketiga-tiga negara itu menyatakan kebimbangan keselamatan berikutan keadaan yang semakin merosot di rantau berkenaan.
Terdahulu pada hari itu, Kedutaan Perancis di Beirut menggesa rakyat Perancis untuk meninggalkan Lubnan secepat mungkin.
Pada Sabtu, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) memberi amaran kepada rakyat mereka supaya meninggalkan Lubnan serta-merta, memetik kebimbangan mengenai peningkatan konflik yang lebih meluas dengan Israel.
Ketegangan antara kumpulan Hezbollah Lubnan dan Israel telah meningkat sejak Tel Aviv membunuh komander tentera kanan, Fuad Shukr, dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut pada Selasa.
Keesokan harinya, ketua politik Hamas Ismail Haniyeh telah dibunuh di ibu negara Iran, Tehran didakwa oleh Israel, walaupun Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nasihat perjalanan
#ketegangan
#Hezbollah
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan