awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan terdedah risiko rasuah di pintu sempadan - Azam Baki
Anwar seru henti pertelingkahan isu bahasa, tumpu bina masa depan anak Malaysia
PRK Kinabatangan: Calon BN lancar manifesto, tawar 10 janji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye pertimbang kemungkinan hantar tentera ke Semenanjung Gaza - Parti pemerintah

Bernama
Bernama
11/10/2025
20:00 MYT
Turkiye pertimbang kemungkinan hantar tentera ke Semenanjung Gaza - Parti pemerintah
Abdullah berkata, perincian berhubung perkara itu sedang diperhalusi oleh Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan Negara dan Pertubuhan Perisikan Negara (MIT). - Gambar Facebook Abdullah Güler
ANKARA: Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan perkhidmatan perisikan Turkiye sedang membincangkan butiran kemungkinan penghantaran tentera Turkiye ke Semenanjung Gaza sebelum cadangan itu dikemukakan kepada Parlimen untuk pertimbangan, kata ketua kumpulan parlimen Parti Keadilan dan Pembangunan, Abdullah Guler pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Perincian berhubung perkara ini sedang diperhalusi oleh Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan Negara dan Pertubuhan Perisikan Negara (MIT).
"Isu berkaitan gencatan senjata serta langkah susulan yang akan diambil di Gaza dan rantau ini masih belum dibentangkan kepada kami," katanya kepada penyiar rasmi TRT Haber.
Selepas butiran dimuktamadkan, keputusan presiden untuk menghantar tentera Turkiye ke Gaza mungkin akan dikemukakan kepada Parlimen bagi pertimbangan, kata beliau.
"Rangka kerja perjanjian ini akan ditentukan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan Negara dengan mengambil kira keadaan, situasi serta masa yang sesuai.
"Setelah itu, satu cadangan akan dibentangkan dan penilaian akan dibuat sebelum ia dihantar sebagai usul daripada presiden kepada Parlimen Turkiye. Masih terlalu awal, kita baru berada di peringkat awal perkembangan ini," kata Guler.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Kementerian Luar
#tentera turkiye
#peringkat awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan