MENGHADAPI kesukaran menyampaikan mesej panjang di Twitter?

Pengguna Twitter kini tidak lagi terhad kepada 140 aksara dan boleh mengguna platform itu untuk berkongsi tweet hingga 280 aksara.

Perkara ini disahkan Pengurus Produk Twitter, Aliza Rosen di laman media sosial itu dan juga blog rasmi beliau.

Katanya, ciri ini telah diuji sejak September 2017 untuk pengguna tertentu dan kini diperkenalkan kepada semua pengguna, kecuali mereka yang menghantar tweet dalam bahasa Cina, Korea dan Jepun.

“Kami lihat lebih ramai pengguna tidak perlu menyunting tweet mereka (kerana sebelum ini terhad kepada 140 aksara).

“Dengan ciri ini, lebih ramai boleh meluahkan apa yang mereka ingin luahkan dalam masa yang lebih pantas,” katanya.