awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE sediakan kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza di bawah "Operasi Chivalrous Knight 3"

Bernama
Bernama
13/10/2025
19:30 MYT
UAE sediakan kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza di bawah "Operasi Chivalrous Knight 3"
Operasi Chivalrous Knight 3 melambangkan pendekatan kemanusiaan UAE yang teguh dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan terjejas akibat krisis. - Foto X/Gulf Today
ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mula menyediakan Kapal Bantuan Kemanusiaan UAE di bawah rangka kerja Operasi Chivalrous Knight 3 bagi menyalurkan bantuan penting kepada rakyat Palestin serta memenuhi keperluan mendesak di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Disediakan dengan kerjasama beberapa pertubuhan dan badan kemanusiaan serta kebajikan di UAE, kapal itu menonjolkan usaha nasional yang diselaraskan bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestin.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha kemanusiaan berterusan UAE untuk menyokong Semenanjung Gaza dan menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi negara itu dalam memastikan kehidupan yang bermaruah untuk rakyat Palestin.
Operasi Chivalrous Knight 3 melambangkan pendekatan kemanusiaan UAE yang teguh dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan terjejas akibat krisis, dengan kerjasama institusi kebajikan dan kemanusiaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emiriah Arab Bersatu UAE
#sediakan kapal
#bantuan kemanusiaan
#Chivalrous Knight 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan