awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK berhadapan kemelesetan "paling buruk, lama" dalam kalangan negara G7 pada 2023

Bernama
Bernama
03/01/2023
12:32 MYT
UK berhadapan kemelesetan "paling buruk, lama" dalam kalangan negara G7 pada 2023
United Kingdom (UK) bakal berhadapan antara kemelesetan terpanjang dan pemulihan paling lemah dalam kalangan negara G7 sepanjang 2023 disebabkan kesan inflasi jangka panjang akibat wabak dan konflik di Ukraine. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: United Kingdom (UK) bakal berhadapan antara kemelesetan terpanjang dan pemulihan paling lemah dalam kalangan negara G7 sepanjang 2023 disebabkan kesan inflasi jangka panjang akibat wabak dan konflik di Ukraine, lapor Sputnik.
Menurut ahli ekonomi yang ditemu bual akhbar Financial Times, UK bakal menghadapi tempoh "kejutan inflasi" lebih lama berbanding kebanyakan negara G7, memaksa kerajaan untuk menjalankan dasar fiskal yang ketat sepanjang 2023.
"Kemerosotan gabungan gaji sebenar, kedudukan kewangan yang ketat dan pasaran perumahan semakin teruk," kata pakar ekonomi kanan di bank Berenberg Kallum Pickering.
Ekonomi UK "terdedah secara luar biasa" terhadap lonjakan harga tenaga dan kadar faedah di seluruh dunia kerana permintaan negara ke atas gas hampir tidak sepadan dengan kapasiti penyimpanan manakala sejumlah besar perjanjian gadai janji perlu memperbaharu kontrak kadar tetap.
UK mengalami krisis ekonomi sejak beberapa bulan lepas. Menurut Bank of England, ekonomi UK telah memasuki kemelesetan yang dijangka berterusan sehingga separuh kedua 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#kemelesetan
#negara G7
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan