Skip to main content

Dunia

UK enggan kutuk tindakan Israel lakukan 'sekatan penuh' di Gaza

71696892952_JamesCleverly.jpg
Menteri Luar United Kingdom (UK), James Cleverly, enggan mengutuk pengumuman Israel mengenai ‘pengepungan sepenuhnya" termasuk menyekat kemasukan bahan makanan ke Gaza, walaupun tindakan itu disifatkan sebagai jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebaliknya, Cleverly menegaskan, UK akan "terus menyokong Israel" selepas mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Perdana Menteri negara itu, Rishi Sunak untuk membincangkan situasi di Israel.

Bercakap selepas mesyuarat tersebut berakhir, Cleverly berkata, tentera Hamas "menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai mereka.” - Agensi

Advertisement

Must Watch Video