KUALA LUMPUR:United Kingdom (UK) pada Rabu menjadi negara pertama meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford bagi menghadapi wabak itu terrmasuk varian baharu yang dikesan.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, kelulusan diberikan susulan mendapat saranan dari Badan Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Kesihatan Britain (MHRA).

"Kerajaan hari ini telah menerima saranan MHRA untuk membenarkan penggunaan vaksin COVID-19 yang dibangunkan Universiti Oxford dan AstraZeneca," katanya memetik laporan Reuters.

AstraZeneca ketika ini sedang mengkaji keberkesanan vaksin dibangunkan terhadap varian baharu itu.

United Kingdom dan Afrika Selatan antara negara yang berdepan dengan varian baharu COVID-19 sekaligus mencatatkan peningkatan kes setiap hari.

Sehingga kini, seramai 1.7 juta mangsa meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

TERKINI | UK negara pertama luluskan vaksin COVID-19 Astrazeneca