awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK wajibkan permit masuk digital untuk pengembara

Bernama
Bernama
05/03/2025
11:00 MYT
UK wajibkan permit masuk digital untuk pengembara
Kebenaran perjalanan elektronik (ETA) merupakan satu keperluan buat pengembara ke UK yang akan menjadi mandatori mulai 2 April. - Gambar fail/FB Heathrow Airport
LONDON: Pengembara ke United Kingdom (UK) boleh memohon kebenaran perjalanan elektronik (ETA) baharu mulai Rabu, satu keperluan yang akan menjadi mandatori mulai 2 April, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Bermula tarikh itu, pasport sahaja tidak lagi mencukupi untuk masuk ke UK.
ETA pada asasnya merupakan pemeriksaan keselamatan digital bagi pengembara yang tiba di Britain tanpa visa. Permohonan dikenakan bayaran GBP10 (AS$12.80), namun kadar itu akan dinaikkan kepada GBP16 dalam beberapa bulan akan datang.
Ia bukan visa dan tidak memberi kebenaran masuk, tetapi membolehkan kemasukan ke negara itu, menurut Kementerian Dalam Negeri UK di laman sesawang ETA sambil menambah bahawa negara lain turut menggunakan sistem yang serupa.
"Pengenalan ETA selaras dengan pendekatan yang diambil oleh banyak negara lain bagi keselamatan sempadan, termasuk AS dan Australia, serta membantu mencegah kemasukan individu yang menimbulkan ancaman kepada UK," menurut laman sesawang itu.
Sistem itu termasuk semakan rekod jenayah selain langkah keselamatan lain. Ia juga direka untuk membantu dalam mencegah penyalahgunaan sistem imigresen UK, menurut Kementerian Dalam Negeri UK.
ETA yang diluluskan membolehkan kemasukan berulang kali dan tempoh tinggal sehingga enam bulan dalam tempoh dua tahun, dengan syarat pasport kekal sah sepanjang tempoh itu.
Untuk memohon, Kementerian Dalam Negeri UK mengesyorkan penggunaan aplikasi mudah alih khas. Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan, memberikan butiran alamat dan tempat kerja serta memuat naik gambar pasport mereka.
Bagi pemohon berusia sembilan tahun ke atas, gambar wajah mereka juga diperlukan.
Mereka yang tidak mempunyai telefon pintar yang sesuai boleh menggunakan komputer dan memohon melalui laman sesawang rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengembaran ke United Kingdom
#kebenaran perjalanan elektronik
#ETA
#mandatori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan