awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK-Kanada meterai perjanjian perdagangan sementara

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2020
00:29 MYT
UK-Kanada meterai perjanjian perdagangan sementara
Boris Johnson (atas kiri) dan Justin Trudeau (atas kanan) memeterai perjanjian menerusi satu panggilan video. Turut kelihatan, Menteri Perdagangan Antarabangsa Kanada Mary Ng (bawah kanan), pada sidang media di Ottawa, 21 Nov, 2020.
UNITED Kingdom (UK) menandatangani perjanjian perdagangan sementara dengan Kanada pada Sabtu.
Ia akan memberinya lebih masa untuk berunding berhubung peraturan dagang pada masa depan, ketika kerajaan Britain sedang bersiap sedia untuk menjalankan perniagaan di luar Kesatuan Eropah (EU).
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan rakan sejawatnya dari Britain, Boris Johnson memeterai perjanjian itu menerusi satu panggilan video.
Antara lain, ia merupakan perjanjian kedua terbesar yang dicapai UK ketika perunding mahu memperkukuhkan hubungan perdagangan luar EU.
Walaupun Britain secara rasmi menarik diri dari EU pada Januari lalu, ia meneruskan perdagangan dengan negara-negara lain di bawah payung blok itu dalam tempoh peralihan yang dijadual berakhir 31 Disember ini.
Tanpa perjanjian dua hala baru, perdagangan dengan negara-negara di seluruh dunia mungkin terhalang oleh perkara seperti tarif dan peningkatan dokumen.
Perjanjian dengan Kanada itu seiring perjanjian yang dicapai bulan lalu dengan Jepun, di mana sebahagian besarnya mencedok peraturan perdagangan sedia ada.
Topic Berkaitan
#Canada
#United Kingdom
#London
#Britain
#Boris Johnson
#Kesatuan Eropah
#video
#perjanjian perdagangan sementara
#peraturan dagang
#hubungan perdagangan
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan